Wednesday, March 30, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan Dan Bercerita Sekolah-Sekolah Zon KDSR3 Tahun 2011



Tahniah dan syabas kepada Nur Abdul Muiz Bin Othman darjah 6A ( Johan Hafazan )



dan Alim Hamzi Bin Wahi darjah 5A ( Johan Tilawah Al-Quran ).Pertandingan tersebut telah diadakan pada 29 Mac 2011 ( Selasa ) bertempat di SK Peroh.Tidak lupa juga kepada guru-guru dan warga SK Kua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga dapat membawa kejayaan kepada SK Kua.

Tuesday, March 29, 2011

Majlis Perjumpaan Y.A.B Dato'Seri Menteri Besar Bersama-sama Pengetua,Guru Besar dan EIO


Tanggal 27 Mac 2011 ( Ahad ) bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu diadakan Majlis Perjumpaan Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said bersama-sama Pengetua,Guru Besar dan EIO




Ucapan Perasmian diberikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said ( Menteri Besar Terengganu )



Ucapan aluan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.




Cikgu Robiah Binti Wan Abdul Rahman menerima Sijil Intel Teach Program ( kursus anjuran oleh TESDEC ) daripada Y.A.B. Dato' Seri Ahmad Bin Said.

Monday, March 28, 2011

Ragam 8 di Mesyuarat Agung PIBG 2011

Para ibubapa/penjaga menjamu selera selepas mesyuarat bersurai.

Salah satu juadah yang dihidangkan pada majlis tersebut.

Thursday, March 24, 2011

Ragam 7 di Mesyuarat Agung PIBG 2011


Mesyuarat Agung PIBG 2011 diteruskan oleh Encik Mohd Rosli Bin Mejah ( YDP PIBG),Encik Mohd Shahrin Bin Abu Hassan ( Setiausaha PIBG ) dan Encik Nordin Bin Ali ( PK KO ) bersama-sama ibubapa/penjaga

Wakil penjaga mengutarakan soalan kepada Encik Mohd Rosli Bin Mejah ( YDP PIBG )

Sebahagian ibubapa/penjaga yang hadir pada majlis tersebut.
Wajah-wajah kaum hawa yang meluangkan masa untuk majlis tersebut.

Ragam 6 di Mesyuarat Agung PIBG 2011

Encik Kamaruddin Bin Kasim meyampaikan cenderahati kepada Mohamad Zaki Bin Satapa yang mewakili anaknya Mohamad Izzat Bin Mohamad Zaki yang berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2010.



Encik Kamaruddin Bin Kasim meyampaikan cenderahati kepada Baharudin Bin Nor mewakili anaknya Siti Nurbayah Binti Baharudin yang berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2010.


Ragam 5 di Mesyuarat Agung PIBG 2011


Encik Mohd Rosli Bin Mejah ( YDP PIBG ) menyampaikan cenderahati kepada Encik Kamaruddin Bin Kasim .
Encik Mohd Rosli Bin Mejah ( YDP PIBG ) menyampaikan hamper kepada Encik Khalid Bin Mustafa ( Timbalan PPD Hulu Terengganu )

Ragam 4 di Mesyuarat Agung PIBG 2011








Encik Kamaruddin Bin Kasim meyampaikan hamper kepada ibubapa/penjaga yang mendapat cabutan bertuah.

Ragam 3 di Mesyuarat Agung PIBG 2011



Setiausaha kepada Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Hulu Terengganu Encik Kamaruddin Bin Kasim memberi ucapan dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 sesi 2011/2012



Yang Dipertua PIBG SK Kua Encik Mohd Rosli Bin Mejah memberi ucapan.

Ragam 2 di Mesyuarat Agung PIBG 2011



Ustaz Abd.Malik Bin Mat Nasir membaca doa sebagai pembuka majlis.


Cikgu Suzalawati Binti Abd.Rahman dan Ustakzah Nurul Huda Binti Abdullah diamanahkan sebagai pengacara pada majlis PIBG tersebut.

Ragam 1 di Mesyuarat Agung PIBG 2011







IbuBapa/Penjaga mendaftar di kaunter pendaftaran sebelum mesyuarat PIBG dimulakan.Cikgu Rohimah Binti Samsuddin,Cikgu Nairosni Binti Kamat @ Mamat dan Ustakzah Shuhaida Binti Abu Bakar ditugaskan dibahagian pendaftaran.

Wednesday, March 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25 Sesi 2011/2012


Pada 22.03.11 ( Selasa ) telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 Sesi 2011/2012 bertempat di Dewan SK Kua.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Kamaruddin Bin Kasim selaku setiausaha kepada Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.
Beliau mewakili Datuk Dr.Rosli Bin Che Wan ( Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Hulu Terengganu ) di mana pada majlis tersebut Datuk Dr.Rosli Bin Che Wan tidak dapat hadir disebabkan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Pada majlis tersebut, Encik Kamaruddin Bin Kasim diiringi oleh Encik Rosli Bin Mejah ( YDP PIBG SK Kua ), Encik Khalid Bin Mustafa ( Timbalan PPD Hulu Terengganu ) dan Encik Nordin Bin Ali ( PK KO SK Kua ) yang mewakili Guru Besar Puan Khatijah Binti Abu Bakar yang tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus di Maran,Pahang dari 22.03.11 sehingga 24.03.11.

Tuesday, March 15, 2011

Bola Sepak Zon KDSR 3


TAHNIAH dan SYABAS kepada semua jurulatih,pemain-pemain dan warga SK Kua kerana mengharumkan nama SK Kua dengan menjadi JOHAN Bola Sepak Zon KDSR 3 Hulu Terengganu 2011.Usaha Tangga Kejayaan..

Pertandingan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Kebangsaan Zon KDSR 3








TAHNIAH dan SYABAS kepada jurulatih,pemain-pemain dan warga SK Kua kerana menjadi JOHAN dan NAIB JOHAN dalam pertandingan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Kebangsaan Zon KDSR 3....Usaha Tangga Kejayaan...

Kem Bestari Solat 2011


Pada 03 Mac 2011 ( Khamis ) telah diadakan Kem Bestari Solat kepada murid tahun 1 hingga tahun 3 di SK Kua.Semua guru dan guru KAFA terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Ikrar Anti Dadah Sempena Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2011


Bahawasanya kami pelajar-pelajar SK Kua berikrar untuk memerangi najis dadah pada setiap masa,

Menjauhi diri daripada gejala najis dadah,

Memastikan sekolah bebas daripada pengaruh dadah,

Mewujudkan keluarga bahagia tanpa dadah,

Mencegah pengedaran dadah dalam masyarakat,

Menerapkan nilai-nilai agama untuk membanteras dadah,

Dan membantu segala usaha kerajaan membebaskan negara daripada ancaman dadah.



" Sekolah Bebas Dadah 2012 "

" Negara Bebas Dadah 2015 "





"1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH "

Minggu Anti Dadah 2011

Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah telah diadakan di SK Kua pada 27 Februari 2011 ( Ahad ) oleh Puan Khatijah Binti Abu Bakar selaku Guru Besar di SK Kua.Pada hari tersebut Puan Norhaiti Binti Mohamad ( PK HEM ) membaca Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan ikrar anti dadah dibaca oleh pelajar.Pada majlis tersebut semua guru dan pelajar terlibat.

Pemenang Aktiviti Tahap 1 Dan Tahap 2 Sempena Maulidur Rasul 2011






















Hadiah disampaikan oleh Mohd Nidzam Bin Muda ( PK 1 ),Nor Haiti Binti Mohamad ( PK HEM ) dan Nordin Bin Ali ( PK KO ) kepada pemenang-pemenang mewarna tulisan khat untuk tahap 1 dan menulis tulisan khat untuk tahap 2....TAHNIAH!!! kepada semua pemenang

Ragam 2





Acara Masak Memasak

Ragam 1