Wednesday, November 26, 2014

Keputusan UPSR 2014

Pelajar 5A

 
Tahun ini seramai 47 calon yang menduduki UPSR. Namun begitu, hasil usaha dan penat lelah semua guru dan murid, hasilnya hanya 3 calon sahaja yang dapat 5A. Manakala 4A 1B pula seramai 4 orang.
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Rasek, Syed Azim dan Nur Iryna Natasya yang berjaya mendapat straight A dalam UPSR pada tahun ini. GPS sekolah pada tahun ini adalah 2.49 berbanding 2.33 pada tahun 2013. Bagi yang kurang bernasib baik, diharapkan mereka membuktikan kehebatan mereka dalam pelajaran di peringkat menengah nanti.

Monday, November 17, 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah








Hari anugerah merupakan hari yang diadakan pada setiap tahun pada penghujung akhir persekolahan. Anugerah ini penting begi memberikan pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Wakil daripada pegawai PPDHT iaitu Encik Che Azmai bin Talib (SISC+ Matematik) telah merasmikan majlis ini pada tahun ini. Terima kasih diucapkan semua warga SK Kua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan majlis ini. Semoga SKK terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tahun-tahun yang akan datang.

Wednesday, November 5, 2014

Temasya Sukan Tahunan











Sukan Tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Temasya sukan ini bermula 3 November hingga 5 November di mana acara kemuncaknya adalah pada 5 November. Pelbagai acara yang dijalankan iaitu sukaneka, balapan dan padang. Tidak dilupakan juga acara terbuka untuk ibu bapa seperti tarik tali, lontar peluru dan lain-lain. Perasmian penutup dirasmikan oleh Guru Besar SK Kua, Abd.Malik bin Embong. Harapan Guru Besar agar pelajar dapat menjadi atlet sukan yang hebat di SK Kua pada masa akan datang.

Tuesday, November 4, 2014

Kem Membaca 1M










Kem Membaca 1M yang dijalankan serentak pada pukul 10.00 pagi di seluruh negeri di Malaysia. Guru dan murid bersama-sama membaca buku selama 30 minit secara diam dan senyap.