Wednesday, December 31, 2014

Pengumuman: Pendaftaran Murid 2015 Di Tunda

Melalui surat yang diberikan kepada semua murid sebelum cuti sekolah bermula yang mana tarikh asal pendaftaran yang dijadualkan pada 1 Januari 2015 telah ditunda kepada 6 Januari 2015 (Selasa). Masa dan tempat tidak berubah. Ini kerana untuk memberikan ruang kepada murid-murid yang terkesan akibat banjir. Harap maklum.

Sekitar Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil.1/2015










Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar iaitu Abd.Malik bin Embong. Beliau mengalu-alukan kedatangan dua orang guru baharu iaitu Aniza bt Ghazali dan Marahaini bt Johari yang menggantikan cikgu Noraini bt Ahmad dan Zulraitulakma. Harapan agar kedua-dua guru ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan berdedikasi.

Wednesday, December 17, 2014

Gelombang Banjir 2014 Part 1












Dilaporkan oleh pengawal keselamatan pada pukul 10.15 mlm 17/12/2014

Tuesday, December 9, 2014

Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Elit Premier & SMKA Tahun 2015

Dimaklumkan bahawa semua murid UPSR ke tingkatan 1 bolehlah menyemak kemasukan tersebut pada 26 Disember 2014. Bagi yang tidak berjaya, rayuan bermula dari 26 Disember - 6 Januari 2015. Pendaftaran sekoleh elit premier ialah pada 5 Januari 2015, manakala SMKA ialah pada 31 Dis 2014. Sebarang pertanyaan boleh menguhungi 09-6213128 di Unit Menengah Rendah.

Sesi Persekolahan Tahun 2015

Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan Tahun 2015 bagi seluruh Negeri Terengganu akan bermula pada 5 Januari 2015 iaitu hari Isnin. Ini kerana pada 4 Januari 2014 (Ahad) merupakan Hari Kelepasan Am Negeri sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada 3 Januari 2014 iaitu hari Sabtu.