Saturday, January 24, 2015

Kejohanan Merentas Desa MSSDHT 2015





Acara yang di adakan di SMK Menerong. Seramai 8 peserta yang dihantar oleh SK Kua untuk menyertai kejohanan tersebut.

Tuesday, January 20, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
















Sambutan Maulidur Rasul disambut secara sederhana untuk memperingati Rasul junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Antara aktiviti sambutan yang diadakan ialah selawat beramai-ramai, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusaini bin Wi, nasyid, mewarna dan mencipta replika masjid. Semoga sambutan ini dapat memberikan hidayah kepada warga SK Kua dalam menjadikan Rasulullah sebagai idola kita sepanjang zaman.

Thursday, January 15, 2015

Program Prihatin Kaunseling SST Perdana Pasca Banjir







 
Program yang dianjurkan oleh pihak JPNT yang dikhususkan kepada murid-murid SK Kua yang terlibat dalam pemindahan akibat banjir baru-baru ini. Seramai 58 murid SK Kua yang menyertai program ini. Lima kaunselor terlatih dan mahir berjaya memulihkan kembali keadaan fizikal dan mental murid untuk belajar dengan riang dan seronok di SK Kua.

Sunday, January 11, 2015

Ucapan Perpisahan Cikgu Nor Haiti




 

Ucapan terakhir daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Nor Haiti binti Mohammad yang akan meninggalkan SK Kua dan bertugas sebagai pegawai SISC+ Bahasa Melayu Rendah di PPDHT bermula 12 Januari 2015. Warga SK Kua mengucapkan syabas dan tahniah di atas perlantikan tersebut.

Monday, January 5, 2015

Kenaikan Pangkat Puan Nor Haiti Pegawai SISC+ BM


Tahniah diucapkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nor Haiti binti Mohamad kerana kenaikan pangkat menjadi pegawai SISC+ Bahasa Melayu di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Beliau akan memulakan tugas di PPDHT pada 12 Januari 2015. Tahniah sekali lagi dari pihak sekolah.