DARI MEJA GB

Saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dipanjangkan usia dapat meneruskan perjuangan membimbing anak bangsa untuk menjana modal insan yang akan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air tercinta melalui program yang dirancang sepanjang tahun 2015 ini. Sebagai warga pendidik, mari kita sama-sama menghayati visi dan misi kementerian, jabatan, PPD dan sekolah untuk kita mengatur langkah bergerak sederap dan sehasrat agar menjadi pendahulu dalam segenap bidang yang kita jana bersama dalam usaha melonjakkan pretasi pendidikan di negeri Terengganu khasnya. Di sekolah hendaknya semua warga guru dan staf bersama-sama memantapkan budaya kerja sehasrat. Semangat bekerja dalam keadaan yang penuh kasih sayang, bertolak ansur selesa dan muhibbah. Bagi murid pula kita melatih dan mendidik mereka budaya aktif dan lahap belajar.