Tuesday, February 21, 2012

Lagi Lensa Sambutan Maulidur Rasul

















































Gambar-Gambar Sambutan Maulidur Rasul SK Kua

Para pelajar bersemangat mengalunkan selawat






Semua pelajar kusyuk mendengar taklimat awal yang diberikan oleh Cikgu Jamal












Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012

Tanggal 16 Feb 2012 (Khamis) Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012 diadakan di SK Kua.Semua pelajar,guru dan kakitangan SK Kua terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Perarakan bermula dari SK Kua ke Masjid Kampung Kua dan berpatah semula ke SK Kua.Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Tidak lupa juga kepada 2 orang Polis Trafik Kuala Berang yang mengawal lalu lintas sepanjang majlis berlangsung.

Welcome To TER





Bekas Guru Besar SK Kua memberi ucapan penuh bermakna dan menyentuh jiwa pada majlis tersebut
Ustaz Nordin Bin Ali ( PK KO ) menyampaikan cenderahati kepada Puan Khatijah Binti Abu Bakar


Guru Besar SK Kua menyampaikan cenderahati kepada Puan Khatijah Binti Abu Bakar













Majlis Perpisahan Dan Meraikan Guru Besar Baru SK Kua









Pada 14 Feb 2012 (Selasa) bertempat di Terengganu Equestrian Resort satu majlis perpisahan dan meraikan Guru Besar baru SK Kua diadakan.Majlis tersebut dihadiri oleh bekas Guru Besar SK Kua yang dirai iaitu Puan Khatijah Binti Abu Bakar,Guru Besar SK Kua Abdul Rahman Bin Mat Rahim,semua guru dan kakitangan SK Kua.






















Saturday, February 11, 2012

Taklimat Pertama GB

9Prinsip QCoP


1.Do it Right First Time (DIRFT): Setiap kerja mesti bebas dari dibuat salah kerana silap dan

salah boleh dielak dan dicegah.Contoh, setiap guru perlu mengajar dengan betul dan murid

pula berlajar dengan betul dan sentiasa berbuat betul. Kata orang, biasakan yang betul

dan betulkan yang biasa.

2. Guru Mengajar Murid Belajar:Semua guru mesti faham iaitu kerja guru adalah mengajar,

bukan berborak di kantin, tidak masuk kelas, keliuar ikut suka, agen jualan atau apa-apa

yang tidak patut dilakukan oleh guru.Bila mengajar mesti penuh persediaan mental, fizikal ,

spritual,semangat dan berwibawa.Murid pula perlu berlajar bersungguh-sunguh,tidak main-

main, tidak kacau kawan dan belajar pula dlam keriangan.


3. Berkongsi Visi/Misi Yang Sama: Semua guru mesti faham halatuju sekolah tempat bertugas

iaitu menjadikan sekolah berkesan,berwatak dan model. Apa sahaja visi/misi adalah bukan

hak GB,bukan milik GPK,tetapi milik semua warga sekolah tersebut.Sekolah kita.


4. Apa yang Disemai,Itu yang Dituai: Hasil sesuatu usaha adalah bergantung kepada apa yang

kita buat atau apa yang tidak buat. Maka berbuatlah mengikut keupayaan yang ada. Jangan

sembunyikan kebolehan.


5. Penambahbaikan Berterusan: Usaha ke arah mencapai kualiti adalah tanpa had dalam semua

aktiviti sekolah. Tugasan kita.


6. Mencegah Lebih Baik Dari Menyelesaikan Masalah: Bagi mencapai tujuan ini kerja kita

hendaklah ada PDCA secara total. Marilah kira bersikap proaktif agar semua orang tidak

berhadapan dengan masalah.


7. Fokus kepada Apa yang Betul, Bukan Siapa Yang Betul: Dalam menangani perubahan dan

penambahbaikan, kita perlu melihat perkaranya , bukan siapa orangnya.


8. Pemuafakatan Dan Kesejawatanan: Dalam organisasi kita tidak boleh buat kerja

berseorangan. Walau bagaimanapun setiap individu mesti melakukan kerja yang ditugaskan.

Oleh itu perasaan dan pemikiran kesejawatanan perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga.

Hal ini boleh kelihatan apabila berlaku tolong menolong, sanggup berkorban,

ingat mengingati,nasihat menasihati dan sebagainya dalam suasana harmoni.


9. Guru Sebenar Guru, Ke sekolah Tak Jemu, Mengajar Tidak Lesu: Seorang guru yang penuh

iltizam,dedikasi, komited dan bertanggung-jawab tidak mengkhianati tugas dan muridnya.

Guru tidak cepat melatah dan menyalahkan tempat, keadaan sebelum menilik diri sendiri.

guru sebenar guru tidak akan merosakkan organisasi seperti kerap ponteng,banyak

alasan,sering elak tugas,tidak cukup masa. Guru sebenar guru tidak kelihatan seperti orang

malas di dalam kelas malah murid belajar penuh minat dalam suasana ceria.

Tuesday, February 7, 2012

Selamat Datang Guru Besar Baru

Pada 01.02.12 ( Rabu ) SK Kua telah menerima kedatangan Guru Besar baru iaitu Abdul Rahman Bin Mat Rahim yang dulu berkhidmat di SK Pauh.Selamat datang diucapkan kepada beliau.Semoga kehadiran beliau dapat melonjakkan lagi prestasi SK Kua ke arah "Melestarikan Pendidikan Terbilang".

31.01.2012

Semua guru dan kakitangan SK Kua bergambar bersama-sama dengan Guru Besar





Pada 31.01.2012 adalah hari terakhir Guru Besar Khatijah Binti Abu Bakar berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Kua.Beliau telah ditukarkan ke SK Matang.Semua warga SK Kua mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada beliau di atas segala bakti dan jasa sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini.










Thursday, February 2, 2012

Terima Kasih Cikgu...JasaMu Tetap Dikenang

Semua murid berkumpul untuk meraikan hari terakhir Guru Besar Khatijah Binti Abu Bakar berkhidmat di SK Kua
Semua murid beratur untuk bersalam dengan Guru besar




Sabar menanti giliran untuk bersalam dengan Guru Besar


Menyentuh hati......Wakil pelajar lelaki memberi ucapan untuk Guru Besar



Wakil pelajar perempuan memberi ucapan