9Prinsip QCoP
1.Do it Right First Time (DIRFT): Setiap kerja mesti bebas dari dibuat salah kerana silap dan
salah boleh dielak dan dicegah.Contoh, setiap guru perlu mengajar dengan betul dan murid
pula berlajar dengan betul dan sentiasa berbuat betul. Kata orang, biasakan yang betul
dan betulkan yang biasa.
2. Guru Mengajar Murid Belajar:Semua guru mesti faham iaitu kerja guru adalah mengajar,
bukan berborak di kantin, tidak masuk kelas, keliuar ikut suka, agen jualan atau apa-apa
yang tidak patut dilakukan oleh guru.Bila mengajar mesti penuh persediaan mental, fizikal ,
spritual,semangat dan berwibawa.Murid pula perlu berlajar bersungguh-sunguh,tidak main-
main, tidak kacau kawan dan belajar pula dlam keriangan.
3. Berkongsi Visi/Misi Yang Sama: Semua guru mesti faham halatuju sekolah tempat bertugas
iaitu menjadikan sekolah berkesan,berwatak dan model. Apa sahaja visi/misi adalah bukan
hak GB,bukan milik GPK,tetapi milik semua warga sekolah tersebut.Sekolah kita.
4. Apa yang Disemai,Itu yang Dituai: Hasil sesuatu usaha adalah bergantung kepada apa yang
kita buat atau apa yang tidak buat. Maka berbuatlah mengikut keupayaan yang ada. Jangan
sembunyikan kebolehan.
5. Penambahbaikan Berterusan: Usaha ke arah mencapai kualiti adalah tanpa had dalam semua
aktiviti sekolah. Tugasan kita.
6. Mencegah Lebih Baik Dari Menyelesaikan Masalah: Bagi mencapai tujuan ini kerja kita
hendaklah ada PDCA secara total. Marilah kira bersikap proaktif agar semua orang tidak
berhadapan dengan masalah.
7. Fokus kepada Apa yang Betul, Bukan Siapa Yang Betul: Dalam menangani perubahan dan
penambahbaikan, kita perlu melihat perkaranya , bukan siapa orangnya.
8. Pemuafakatan Dan Kesejawatanan: Dalam organisasi kita tidak boleh buat kerja
berseorangan. Walau bagaimanapun setiap individu mesti melakukan kerja yang ditugaskan.
Oleh itu perasaan dan pemikiran kesejawatanan perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga.
Hal ini boleh kelihatan apabila berlaku tolong menolong, sanggup berkorban,
ingat mengingati,nasihat menasihati dan sebagainya dalam suasana harmoni.
9. Guru Sebenar Guru, Ke sekolah Tak Jemu, Mengajar Tidak Lesu: Seorang guru yang penuh
iltizam,dedikasi, komited dan bertanggung-jawab tidak mengkhianati tugas dan muridnya.
Guru tidak cepat melatah dan menyalahkan tempat, keadaan sebelum menilik diri sendiri.
guru sebenar guru tidak akan merosakkan organisasi seperti kerap ponteng,banyak
alasan,sering elak tugas,tidak cukup masa. Guru sebenar guru tidak kelihatan seperti orang
malas di dalam kelas malah murid belajar penuh minat dalam suasana ceria.