Wednesday, March 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25 Sesi 2011/2012


Pada 22.03.11 ( Selasa ) telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 Sesi 2011/2012 bertempat di Dewan SK Kua.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Kamaruddin Bin Kasim selaku setiausaha kepada Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.
Beliau mewakili Datuk Dr.Rosli Bin Che Wan ( Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Hulu Terengganu ) di mana pada majlis tersebut Datuk Dr.Rosli Bin Che Wan tidak dapat hadir disebabkan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Pada majlis tersebut, Encik Kamaruddin Bin Kasim diiringi oleh Encik Rosli Bin Mejah ( YDP PIBG SK Kua ), Encik Khalid Bin Mustafa ( Timbalan PPD Hulu Terengganu ) dan Encik Nordin Bin Ali ( PK KO SK Kua ) yang mewakili Guru Besar Puan Khatijah Binti Abu Bakar yang tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus di Maran,Pahang dari 22.03.11 sehingga 24.03.11.