Ucapan GB Sempena Sambutan Hari Guru SK KUa 2012
(Abdul Rahman bin Mat Rahim.GB SK Kua)
Sehari sebelum sambutan Hari Guru
1.
Pendahuluan ...
2.
Tema
sambutan Hari guru 2012 “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara”.Sangat sesuai, malah kalau
tema ini ditimbulkan beberapa tahun yang lalu pun sesuai.Setiap yang hidup dan
hidupnya ada makna, perlu melakukan inovasi.
Apa dia Guru Inovatif?
Marilah kita sama-sama
faham atau segarkan semula kefahaman kita. Dalam Buku Hasrat dan Hala Tuju
Pengarah Pelajaran Terengganu yang baharu ini ada menerangkan makna guru yang
inovatif. Mkasud mudah inovasi ialah pembaharuan,modifikasi atau memperbaiki
idea,benda, pengetahuan,ciptaan seni budaya bagi memenuhi fungsi, citarasa atau
kehendak pengguna.
Kalau setiap guru telah
faham konsep dan maksud inovasi, maka kita boleh berbuat agar kita termasuk
dalam senarai guru inovatif. Inovasi
kita dalam pengajaran membolehkan murid kita meningkatkan minat,menokok
kefahaman, mampu menaakul dan menghayati apa yang disampaikan oleh guru. Akhirnya
kita menghasilkan murid berkualiti, selaras dengan hasrat slogan JPNT 2012; Guru Penyayang Murid Berkualiti. Guru berinovasi adalah salah satu
elemen guru penyayang.
Bagi mencapai inovasi tahap
terbaik, kita perlu ada:
·
Ilmu pengetahuan tinggi, agar kita boleh memahami
fakta, menguasai prinsip dan
teori,menjana data baharu dan menyelesaikan masalah.
·
Keintelektualan tinggi; berminda kreatif,logik,
ada sebab musabab,mampu membeza banding,membuat pertimbangan dan membuat
penilaian.
Semoga kita masih ingat apa
kata TS Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Arshad
“Pada
saya,guru bukan memandaikan orang yang sudah pandai, tetapi menjadikan
orang yang belum menjadi”
3.
Akhir
kalam untuk guru-guru SK Kua sekelian,marilah kita bersama-sama hati
berpadu,bergerak sederap ke arah melakukan transformasi pendidikan negara: Guru
SK Kua yang sedia untuk berinovasi:
Jangan kita guru yang lupa diri, bukan
guru yang lupa pakaian.
Guru yang sudah lupa diri,guru yang
sudah lupa pakaian,
Banyak bala yang hampir, banyak kerja cuma
setengah jalan..
Mari
kita menjadi guru inovasi yang terpuji;
tahu menyuluh diri,
bukan menunjuk dengan maki,
bukan mengajar dengan caci,
menunjuk kepada yabng perlu,
mengajar supaya tahu,
menjadi contoh kepada semua,
pengajaran nya berguna.
Sesuaikan
langkah dengan bicara;
Ke darat tidak durjana,
Ke laut tidak bergelora,
Ke hulu tidak berdengki,
Ke hilir tidak menista,
Ke gunung tidak kata mengata.
Jangan
jadi tidak tahu diri;
Orang bebal mengaku ahli,
Orang ke hulu awak ke hilir,
Duduk beramai memandai-mandai,
Diri bersama mengada-ngada
Dalam berunding tengking menengking,
Dalam muafakat umpat mengumpat,
Diri bebal lagak menyombong,
Ke tengah menyalah, ke tepi binggung,
Cakap meninggi kepala kosong.
Mengapa
kita tiada inovasi;
Orang ke kanan awak ke kiri,
Hidup menurut selera sendiri,
Tunjuk ajar orang tiada peduli,
Lupa kepada bodoh sendiri,
Ditunjuk ajar ia tak sudi,
Kebaikan orang dibalas dengki,
Ke mana pergi buat gaduh,
Nasihat baik ia mencemuh,
Marilah
kita guru SK Kua yang berbudi;
Berhati ikhlas berdada lapang,
Bermulut manis berakal panjang,
Berniat tanpa iri dan dengki,
Buka kulit Nampak isi.
Tingkah kita bersimpai pekerti,
Hidup sentiasa berterus terang,
Pantang sekali bermain belakang,
Mulut dijaga, nafsu dikekang,
Niat tidak binasakan orang,
Syarak dijunjung adat dipegang.
Sekian,
Selamat Hari Guru, .
Terima
kasih cikgu.