Thursday, May 31, 2012

TAHNIAH...

TAHNIAH dan SYABAS kepada Cikgu Jamaluddin Bin Mohamad ( Guru Cemerlang Pemulihan DG44 ) kerana menerima Anugerah / Pemenang Sempena Sambutan Hari guru Peringkat Negeri Terengganu 2012.

Tuesday, May 29, 2012

Aktiviti Dan Acara Pada Hari Guru 2012

Kusyuk...guru-guru dan staf SK Kua mengail selipar
PK HEM bersemangat meniup belon
PPM Puan Rabiah berusaha meletupkan belon
Sebahagian Guru dan Staf SK Kua dalam acara melambung belon

Bacaan Ikrar diketuai oleh Cikgu Jamaluddin

Guru-Guru berikrar

Persembahan daripada Cikgu Azmai dibantu Cikgu Nairosni mendapat sambutan hangat

Ada ciri-ciri penjual ubat....bakat terpendam Ustaz Malik sebagai penjual alaf baru...

Persembahan Murid-Murid

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Hari ini 16 Mei 2012 ( Rabu ) SK Kua menyambut Hari Guru 2012.Sambutan tersebut diadakan di Dewan SK Kua.Tema Hari Guru tahun ini ialah " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".Aktiviti yang diadakan pada hari ini ialah pancing selipar,junjung buku rekod mengajar,meniup belon dan duduk sampai pecah serta lambung belon berair.Terima Kasih tidak terhingga kepada semua guru,ibubapa,pibg dan warga SK Kua yang sama-sama memeriahkan majlis pada hari ini.

Tuesday, May 15, 2012

Ucapan GB Sempena Hari Guru 2012


Ucapan GB Sempena Sambutan Hari Guru SK KUa 2012
(Abdul Rahman bin Mat Rahim.GB SK Kua)


Sehari sebelum sambutan Hari Guru

1.    Pendahuluan ...

2.    Tema sambutan Hari guru 2012 “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”.Sangat sesuai, malah kalau tema ini ditimbulkan beberapa tahun yang lalu pun sesuai.Setiap yang hidup dan hidupnya ada makna, perlu melakukan inovasi.

Apa dia Guru Inovatif?
Marilah kita sama-sama faham atau segarkan semula kefahaman kita. Dalam Buku Hasrat dan Hala Tuju Pengarah Pelajaran Terengganu yang baharu ini ada menerangkan makna guru yang inovatif. Mkasud mudah inovasi ialah pembaharuan,modifikasi atau memperbaiki idea,benda, pengetahuan,ciptaan seni budaya bagi memenuhi fungsi, citarasa atau kehendak pengguna.

Kalau setiap guru telah faham konsep dan maksud inovasi, maka kita boleh berbuat agar kita termasuk dalam senarai guru  inovatif. Inovasi kita dalam pengajaran membolehkan murid kita meningkatkan minat,menokok kefahaman, mampu menaakul dan menghayati apa yang disampaikan oleh guru. Akhirnya kita menghasilkan murid  berkualiti, selaras dengan  hasrat slogan JPNT 2012; Guru Penyayang Murid Berkualiti. Guru berinovasi adalah salah satu elemen guru penyayang.

Bagi mencapai inovasi tahap terbaik, kita perlu ada:

·                     Ilmu pengetahuan tinggi, agar kita boleh memahami fakta, menguasai    prinsip dan teori,menjana data baharu dan menyelesaikan masalah.

·                     Keintelektualan tinggi; berminda kreatif,logik, ada sebab musabab,mampu membeza banding,membuat pertimbangan dan membuat penilaian.
Semoga kita masih ingat apa kata TS Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Arshad
“Pada saya,guru bukan memandaikan orang yang sudah pandai, tetapi      menjadikan orang yang belum menjadi”

3.    Akhir kalam untuk guru-guru SK Kua sekelian,marilah kita bersama-sama hati berpadu,bergerak sederap ke arah melakukan transformasi pendidikan negara: Guru SK Kua yang sedia untuk berinovasi:
Jangan kita guru yang lupa diri, bukan guru yang lupa pakaian.
Guru yang sudah lupa diri,guru yang sudah lupa pakaian,
Banyak bala yang hampir, banyak kerja cuma setengah jalan..
Mari kita menjadi guru inovasi yang terpuji;
 tahu menyuluh diri,
 bukan menunjuk dengan maki,
 bukan mengajar dengan caci,
 menunjuk kepada yabng perlu,
mengajar supaya tahu,
menjadi contoh kepada semua,
pengajaran nya berguna.
Sesuaikan langkah dengan bicara;
Ke darat tidak durjana,
Ke laut tidak bergelora,
Ke hulu tidak berdengki,
Ke hilir tidak menista,
Ke gunung tidak kata mengata.

Jangan jadi tidak tahu diri;
Orang bebal mengaku ahli,
Orang ke hulu awak ke hilir,
Duduk beramai memandai-mandai,
Diri bersama mengada-ngada
Dalam berunding tengking menengking,
Dalam muafakat umpat mengumpat,
Diri bebal lagak menyombong,
Ke tengah menyalah, ke tepi binggung,
Cakap meninggi kepala kosong.

Mengapa kita tiada inovasi;
Orang ke kanan awak ke kiri,
Hidup menurut  selera sendiri,
Tunjuk ajar orang tiada peduli,
Lupa kepada bodoh sendiri,
Ditunjuk ajar ia tak sudi,
Kebaikan orang dibalas dengki,
Ke mana pergi buat gaduh,
Nasihat baik ia mencemuh,

Marilah  kita guru SK Kua yang berbudi;
Berhati ikhlas berdada lapang,
Bermulut manis berakal panjang,
Berniat tanpa iri dan dengki,
Buka kulit Nampak isi.
Tingkah kita bersimpai pekerti,
Hidup sentiasa berterus terang,
Pantang sekali bermain belakang,
Mulut dijaga, nafsu dikekang,
Niat tidak binasakan orang,
Syarak dijunjung adat dipegang.


Sekian, Selamat Hari Guru, .

Terima kasih cikgu.

Wednesday, May 2, 2012